Wednesday 19 October 2011

perencah ikan bakar...

BAHAN2

  • 2 ekor ikan talapia merah..(apa2 jenis ikan pun boleh)
        BHN YG BERTANDA * PERLU DIKISAR HALUS

  • *15 tangkai cili kering direndam dgn air panas(ikut citarasa kalau nak pedas... tambah cili)
  • *10 ulas bawang merah
  • *3 ulas bawang putih
  • *3 cm halia(agak2)
  • *2 cm lengkuas
  • *2 cm kunyit hidup
  • 5 btg serai
  • sos tiram+gula+garam ikut rasa
  • 1 mangkuk kecil santan pekat(ikut kemahuan)
CARA2

  1. kisar halus bahan bertanda * 
  2. masakkan bahan kisar hingga mendidih sambil kacau sebati
  3. masukkan santan pekat dan masak lagi hingga naik bau dan pecah minyak
  4. kemudian ,.. masukkan gula, garam dan sos tiram .. suai rasa ikut selera masing2,,,
  5. masak lagi hingga perencah tadi  sederhana pekat .. 
  6. gaul dan perap pada ikan 1 jam .. 
  7. bakar ikan...
senangkan.... kalau nak sedap..,,,, bakar ikan  menggunakan kuali ... apa pula bakar ikan atas  KUALI????

CARA2 :

  1. panaskan kuali... gunakan kuali leper..
  2. alaskan kuali dgn daun pisang..
  3. masukkan ikan yg diperap kemudian tutup kuali
  4. selepas 5 minit tambah perencah pada ikan...
  5. balikkan2 ikan ... 
  6. masak hingga kuah tadi pekat dan menyaluti ikan. [ kalau kuah pekat dan mata ikan dah jadi putih ]tandanya ikan bakar dah masak dan naik aromanya...
sedap.... cubalah....

2 comments: