Monday 15 October 2012

donut




donut o donut.... sedap d makan bila masa pun... boleh d simpan d dalam bekas kedap udara... mudah membuatnya jika kita tahu cara membuatnya... sambil2  membuat kerja rumah kita boleh sediakan dohnya... ikuti langkah2 di bawah.. pasti donut
anda menjadi... cubalaa...


BAHAN2NYA:


  • 1 camb. yis mauripan *
  • 1/2 cawan air suam*
  • 1 camb gula*
  • 5 cawan tepung gandum
  • 1/2 cawan gula 
  • 1cmb pelembut roti
  • 1cmb bread improver
  • 1cmb shortening ( lemak sayur)+
  • 1cmb. marjerin +
  • 1 biji telur 
  • garam secukup rasa

CARA2NYA:
  1. Satukan bahan bertanda * biarkan yis aktif dan naik .
  2. apabila yis telah naik dan kembang masukan tepung , telur,susu dan gaul sebati dalam mangkuk adunan.
  3. sementara itu cairkan bahan bertanda +  ..tunggu sehingga suam2 kuku dan masukkan kedalam adunan tadi ..uli sehingga tepung tidak melekat pada jari sekira adunan lembek.. masukkan sedikit tepung agak2..uli lagi sehingga doh licin ... tutup adunan dengan kain lembab














apabila doh naik mengembang 2 kali ganda ... adunan ditumbuk2 utk proses membuang angin.. uli sehingg doh menjadi kental .. banting2 doh utk memlembutkannya...




 uli sekali lagi... taburkan tepung dan canai adunan mengikut ketebalan yg disukai dan terap dengan acuan donut... ulangi sehingga adunan habis.























goreng donut dalam minyak yg penuh dengan api sederhana panas.. biar donut kembang baru balikkannya.. angkat apabila warna keperangan.. sejukkan sedikit barulah digaul dengan gula halus.... donut juga sedap dimakan dengan toping coklat...






hiasan donut ..... 1.: gula halus ataupun toping coklat....

topping coklat :; bahan :

  • 1/2 cawan serbuk koko
  • 1/2 cawan susu pekat manis
  • 1 sudu besar minyak masak
  •  utk hiasan gula2 manik 
CARA2NYA;

Satukan semua bahan kecuali gula manik... masukkan kedalam periuk dan masak dengan api yg perlahan ... masak sehingga pekat dan berkilat.. biarkan suam dan celup donut yg telah sejuk....taburkan gula2 manik keatas donut sebagai hiasan...... cuba jangan x cuba....



selamat mencuba...

waffle mudah

waffle menjadi snak kesukaan family... anak2 pun boleh buat sendiri....sesuai utk sarapan pagi ataupun minum petang... adunan juga boleh disimpan di dalam peti sejuk dan bila2 masa boleh dibakar... adunan  seelok2nya disimpan didalam bekas utk kualitinya.... cubalaa....



BAHAN2NYA:

  • 2 biji telur gred A
  • 3/4 tepung naik sendiri
  • 1/4 tepung jagung
  • 2 sudu besar susu tepung
  • 3/4 cawan air ( agak2 ) kepekatan adunan..
  • 1 sudu besar esen vanila
  • 2 sudu besar minyak masak

CARA2NYA:
  1. satukan semua bahan kedalam jag pengisar
  2. mesin semua bahan hingga sebati..
  3. setelah adunan sebati... panaskan waffle maker..
  4. tuang adunan waffle dan tutup... masak hingga garing mengikut kesukaan.. ikuti cara memasak pada panduan waffle maker anda..
  5. hidangkan dengan jem kesukaan anda atau pun dengan ice cream


selamat mencuba....





Monday 16 July 2012

CAKOI @ BANTAL PELUK

 Kuah kacang masih ada lagi...nak buat cucur udang.... udang pula  dah habis stok.. fikir punya fikir terjadilah kuih ni yg dinamakan cakoi tapi anak2 panggil bantal peluk..khih 3 ... apa pun namanya kuih ini sedap dijadikan  sarapan pagi ataupun minum petang.... mudah ..jika kita tahu caranya....sambil2  buat kerja rumah boleh kita sediakan dohnya...


BAHAN2NYA;

  • 4 Cawan tepung roti
  • 1 cawan air suam*
  • 1sudu besar gula*
  • 1sudu besar yis*
bahan yg bertanda * disatukan  .. biarkan yis naik memenuhi mangkuk spti gambar
  • 3 sudu besar gula
  • 1 sudu besar marjerin ( d cairkan.. biar suam)
  • 1 sudu besar susu tepung
  • 1 biji telur
  • 1 sudu besar soda bikarbonat
  • 1 sudu besar garam
  • minyak utk menggoreng ( GORENG PENUH )
  • 1 cawan tepung gandum utk d sapu pada papan  canai dan doh....
  • 1 cawan air
    antara bahan2 utk membuat cakoi.....


    CARA2NYA:

    1. Campurkan semua bahan kecuali yis...
    2. kacau sebati semua bahan .. baru masukkan yis ...yg telah naik penuh...
    3. uli doh dan sekiranya adunan doh  lembik boleh dtambah dengan sedikit tepung.tapi jika doh tidak dapat di uli... masukkan air sedikit demi sedikit.... uli sehingga doh sebati seperti gambar di atas..biarkan doh selama 1 jam atau hingga naik 2 kali ganda... tutup dgn tuala lembap seperti gambar

    setelah doh naik.......proses buang angin dilakukan dengan menguli doh ... sekiranya adunan lembik dan melekat ditangan taburkan tepung sedikit demi sedikit sehingga doh menjadi kental;...seperti gambar





    canai doh 4  - 5 cm  panjang.   potong memendek... kemudian ambil lidi dan basahkan dan goreskan ditengah potongan tepung dan cantum... ulangi proses sehingga habis doh... rehatkan d atas dulang sehingga doh naik.. seperti gambar..



    panaskan minyak dan goreng cakoi dengan api yg perlahan..... sebelum di goreng tarik cakoi sedikit dan masukkan ke dalam kuali... goreng sehingga masak ...


    #### Angkat dan hidangkan panas dengan kuah kacang...


    SeLaMat MenCuBa.... jangan putus asa... anda pasti berjaya membuatnya jika ikuti langkah2 seperti di atas...#####




    Sunday 15 July 2012

    SPIRAL GORENG SIMPLE

    resepi yg simple...gunakan bahan yg sedia ada kat dapur.sesekali tukar selera ke menu barat.. tapi citarasa melayu...


    BAHANNYA:

    • 1/2 Paket spiral
    • 1 biji bawang besar di mesin halus
    • 2 labu bawang putih d ketuk
    • 3 sudu besar cili mesin [ kepedasan ikut citarasa }
    • 200 gm isi ayam dipotong dadu. 
    • gula dan garam secukup rasa
    • 1 cawan cili sos
    • bawang goreng utk hiasan
    • 3 sudu besar basil utk ummpkan rasa
    • minyak utk menumis.
    • 3/4 cawan air ( agak2 utk kuah nya)

    CARA2NYA
    1. Spiral di rebus mengikut arahan pada paket.. masukkan  sedikit 1 sudu teh minyak masak dan garam bagi mengelakkan spiral melekat.. apabila sudah masak ( lembut ) toskan.
    2. tumiskan minyak.. masukkan bawang putih dan bawang besar mesin sehingga naik bau
    3. masukkan isi ayam.. tumiskan ..kacau sebati..
    4. masukkan cili mesin dan cili sos.... masukkan gula dan garam secukup rasa..
    5. masukkan sedikit air utk kuahnya... masak agak2 sampai pekat
    6. masukkan spiral yg telah di toskan .. kacau sebati sehingga kuah bersalut..
    7. tambahkan basil utk menyedapkan rasa..
    8. angkat dan hidangkan bersama bawang goreng...
    9. jika suka taburkan sedikit daun bawang 
    10. hidangkan panas2......
    selamat mencuba.... sesekali lidah bertukar rasa



    Inilah basil.... herba italian,,,,... sedap.... ummp utk resepi ala2 itali

    AGAR-AGAR ROTI


      


    Dah lama x masuk blog... bukannya apa x da resepi baru yang dikongsi bersama.... terintai intai kat dapur mencari bahan masakan.. ternampak bungkusan roti.. ada lagi separuh belum terusik..selalunya roti kat umah cepat habis walaupun saiz jumbo...sayang roti drpada terbuang begitu saja sebab tarikh luputnya lusa,,,, lebih baik d buat sesuatu resepi... maka jadilah agar2 roti ni... mudah saja.



    BAHAN2NYA:

    • 1 paket agar-agar bertali 20 gram
    • 6 cawan air
    • 1 1/4 gula pasir ( ikut cita rasa )
    • 1 tin susu cair
    • 6 keping roti
    • 1 biji telur
    • 3 jenis @ 4 pewarna
    • 1 sudu teh esen vanilla
     CARA2NYA :

    1. Roti dicarik2 dan satukan dengan susu cair dan telur... biarkan sehingga roti kembang
    2. apabila roti telah kembang, mesin hingga halus
    3. agar2 direndam sekejap kemudian toskan, satukan agar2 dengan 6 cawan air dan masak hingga hancur.
    4. tapis agar dan masukkan semula ke dalam periuk
    5. masukkan gula ikut citarasa dan kacau sebati.. masukkan esen vanilla
    6. masukkan bahan kisar tadi dan kacau sebati.. perlahan api masak hingga mendidih.. terus tutup api.
    7. bahagikan agar ke 3 mangkuk yg berasingan dan warnakan tiap satu..kacau rata.
    8. tuang 1 warna d tengah2 loyang...hingga habis ( sekali tuang ) dan diikuti dengan warna lain dengan kaedah yg sama.. buat sehingga semua warna sehingga habis... x perlu tunggu hingga agar2 keras.
    9. sejukkan dan hidangkan sejuk....

    SELAMAT MENCUBA... lebihan roti juga boleh dijadi resepi yg sedap... elakkan pembaziran.....




    Friday 22 June 2012

    CUCUR JAWA


    Yahooo.... kali pertama buat cucur jawa ni menjadi..... kuih kegemaran suami...namanya cucur jawa tapi aku ni org jawa tapi x tau nak buat..  terasa tercabarlah pula.... maka alkisah kuih ni  aku try buat berdasarkan resepi dr mulut org tua2 tempat aku mengajar dulu serta cari sumber internet ... maka jadilah cucur aku ni ... walaupun bibirnya xlah cantik tapi aku puashati sbb menjadi... lepasni x payah beli lagi....sebenarnya cucur ni x susah manapun cuma kita perap semalaman adunannya... cubalah...


    BAHAN2NYA :

    • 2 cawan tepung gandum
    • 1 cawan tepung beras
    • 1 cawan gula merah
    • 1/2 cawan gula pasir 
    • 2 cawan air ( agak2 )
    • garam secukup rasa
    CARA2NYA:
    1. Satukan gula merah dan gula putih  serta  garam..,, masak dgn 2 cawan air sehingga mendidih... biarkan suam
    2. tepung beras dan tepung disatukan dan diayak ,, masukkan kedalam bekas
    3. tuang air gula yg suam tadi kedalam tepung ..kacau sebati sambil dipukul sehingga berbuih
    4. tutup adunan dan perap semalaman,,,,, agak2 lebih kurang 8 jam...
    5. panaskan kuali kecil dan tuang minyak anggaran 1 senduk..
    6. ambil 1 senduk kecil adunan kedalam kuali sehingga naik berbunga... kemudian perlahankan api...apabila cucur dah masak dan garing bibir angkat dan toskan ke atas tisu...( UTK SERAPKAN MINYAK)
    7. ulangi proses sehingga habis adunan tepung.... kesabaran perlu semasa membuat kuih ini sebab perlu di goreng satu2 ( sebiji2} 
    selamat mencuba.. pasti berjaya...

    Thursday 21 June 2012

    BUBUR JAGUNG



    BAHAN2NYA:
    • 10 Tongkol jagung
    • 1 biji kelapa
    • Gula putih secukup rasa
    • secubit garam
    • 3 cawan air
    • 3 helai daun pandan
    • CARANYA:
    1. Bersihkan jagung kemudian hiris nipis2 utk pisah biji jagung dr tongkolnya
    2. rebus biji jagung dengan 3 cawan air sehingga empuk,, masukkan daun pandan.
    3. kelapa parut diperah...  asing santan cair dan pekat { 1 mangkuk kecil santan cair dan 1 mangkuk besar santan pekat }
    4. setelah jagung empuk masukkan gula anggaran 8 camb,.. jika hendak manis tambah lagi gula... kemanisan ikut citarasa ...
    5. masukkan santan cair biarkan mendidih baru masukkan santan pekat dan garam
    6. kacau selalu sehingga mendidih terus tutup api... jgn terlalu lama nanti akan pecah minyak
    7. angkat dan hidangkan samada panas atau sejuk.
    selamat mencuba......* andai sukakan sagu ... rendam 3 sudu besar sagu... masukkan kedalam periuk setelah jagung empuk....

    Saturday 16 June 2012

    ROTI JALA

























    BAHAN2

    • 4 cawan tepung gandum
    • 4 biji telur
    • 3 1/2 cawan santan cair
    • 1 sudu teh pewarna kuning
    • garam secukup rasa.
    • minyak utk dilenser pada kuali leper
    CARA2

    1. masukkan kesemua bahan kecuali minyak masak ke dalam mesin pengisar { blender} mesin sehingga sebati..
    2. panaskan kuali leper dengan api perlahan dan lenser dgn sedikit minyak masak
    3. sendukkan adunan beter tadi ke dalam acuan roti jala ... sekiranya adunan keluar terputus2 bermakna adunan pekat dan perlu tambah santan cair begitu sebalik jika terlalu laju tambahkan sedikit tepung...dalam hal mcm ni kita agak2 kepekatan mcm adunan kuih ketayap
    4. jalakan di atas kuali leper / non stik sehingga memenuhi kuali seperti dlm gambar.
    5. biarkan selama beberapa minit sehingga ia lekang dgn sendirinya...bermakna roti jala telah masak
    6. angkat terus tanpa terbalikkannya.. .. lipat atau gulung roti jala.
    7. ulangi proses sehingga habis adunan roti jala.
    8. hidang bersama kuah durian atau pun bersama kari ayam...
    SeLaMat MeNcUbA........jAnGaN PuTus aSa.......

    Sunday 10 June 2012

    Teman karib ku d Salmah@ dapur


    ketiga2nya banyak berjasa pada ku dalam dunia masakan.... oven zanusi yg dapat memasak 4 biji kek sekali gus dan 200 biji biskut.... oven roti yg pelbagai guna... dan mixer ... terima kasih suamiku yg banyak memberi sokongan dengan menghadiahkan ketiga2 alatan ini....

    Friday 20 April 2012

    KARIPAP

    kuih kegemaran family selalu buat sehingga 70 biji .. baru anak2 x berebut ... mereka dapat mkn berulangkali ..ummi jenuh canai tepung tapi mujur ada anak2 dara yg tolong.. cepat sikit nak siapkan kuih karipap ni....bab yg paling leceh ialah kupas ubi keledek..kemudian kena potong dadu.. bab ni kakak rajin buat... lega ummi. 


    BAHAN2 INTI
    • 500gm ubi keledek merah
    • 1biji bawang besar
    • 100 g isi ayam
    • 20g daun sup
    • 1paket rempah kari daging babas +25 ml air
    • 1 cawan air atau secukupnya
    • gula dan garam secukup rasa


    CARA2 MEMBUAT INTI:
    1. Kupas dan potong dadu ubi keledek
    2. bawang besar dipotong dadu
    3. isi ayam dipotong dadu
    4. daun sup dipotong anggaran 1inci....asing batang dan daun...
    5. bancuh rempah dgn 25ml air kacau sebati
    6. panaskan minyak anggaran 1/4 cawan minyak........
    7. tumiskan bawang besar bersama batang daun sup sehingga naik bau
    8. masukkan isi ayam , rempah dan tumis lagi sehingga pecah minyak..
    9. masukkan air dan ubi keledek yg telah dipotong dadu..tambah air jika kurang......biar tenggelamkan ubi 
    10. kacau selalu ..masukkan gula dan garam secukup rasa serta daun sup..
    11. masak sehingga pekat dan kuahnya kering.. kacau selalu agar tidak hangus............
    12. angkat dan sejukkan inti.

     BAHAN UTK KULIT KARIPAP

    • 500 g tepung gandum
    • 1/4 cawan minyak masak @ agak2  cukup utk jadikan tepung serbuk roti
    • air ais secukupnya
    • garam secukup rasa

    CARA2
    1. Ayak tepung
    2. masukkan minyak masak sedikit demi sedikit dengan menggunakan hujung jari gaulkan tepung dan minyak sehingga menjadi seakan2 serbuk roti
    3. bancuh garam dlm air ais
    4. masukkan kedlm tepung dan uli sehingga menjadi doh yg lembut...
    5. ambil segengam doh dan canai nipis............
    6. letakkan diatas acuan karipap dan masukkan inti........
    7. ulangi proses sehingga habis doh..
    8. goreng dlm minyak penuh dgn api yg sederhana panas.

    Tip............ lebihan tepung boleh disimpan di dlm bekas dan masukkan dlm peti sejuk...begitu juga dgn inti..
    selamat mencuba.......

    Friday 13 April 2012

    Chocolate Fondant - Eid Special




    Ingredients



    • 5 oz of dark chocolate (at least 60% cocoa)
    • 3 large eggs
    • 1 cup of sugar
    • 1/4 cup of flour
    • 5 tablespoons of butter
    • 1/2 teaspoon of cardamom (or cinnamon, chili pepper, vanilla extract, etc.)

    Directions

    1. Melt the chocolate and butter in a bain-marie (or using a microwave). Once the chocolate and butter are melted add the cardamom (or the spices/flavors of your choice).
    2. Using an egg beater, beat the eggs and sugar until you get an off-white mixture. 
    3. Slowly add the chocolate mixture to the egg mixture. Keep stirring constantly or the eggs would cook (as the chocolate is hot). 
    4. Once the eggs and chocolate are mixed, incorporate the flour and stir well. 
    5. Coat the ramequins (small ceramic baking dishes) with butter and fill them with the chocolate batter. 
    6. Preheat your oven to 400 F degrees and bake the chocolate fondant for 12 minutes. The baking time may change based on your oven. 
    7. You can serve the fondant within the ramequins or you can carefully flip them on a plate. Let the fondant cool for few minutes before serving. 

    Tuesday 10 April 2012

    Ibu Roti/Water Roux

    Bahan-bahan ( menghasilkan 120gm )

    250ml air
    50gm tepung roti

    Cara-cara
    1.  Satukan semua bahan dalam periuk dan kacau rata. Masak di atas api sederhana dan kacau selalu dengan hand whisk supaya tidak hangus. Teruskan mengacau sehingga buih-buih kecil yang terbentuk di permukaannya hilang dan apabila di kacau dengan whisk terbentuk jaluran pada adunan. Tutup api dan Angkat.
    2. Masukkan adunan water roux yang masih panas ke dalam mangkuk dan bungkus dengan plastik wrap untuk mengelak permukaannya mengeras. Biarkan sejuk dahulu baru di campurkan dalam bahan asas roti.
    3.  Untuk menyimpan lebihannya, masukkan adunan water roux ke dalam mangkuk dan tutup dengan plastik wrap dan simpan dalam peti sejuk.
    4. Apabila hendak menggunakannya biarkan water roux pada suhu bilik. Jangka hayatnya selama 3 hari, jika adunan bertukar warna kelabu, water roux tidak lagi boleh di gunakan.
    5. Boleh di gunakan dalam mana2 resipi roti/bun/mee/kulit dumpling utk satu resipi ini boleh di gunakan untuk satu adunan 500gm tepung jika menggunakan separuh adunan tepung guna separuh adunan ibu roti.

    Monday 9 April 2012

    Carrot Cake Recipe Demonstration - Joyofbaking.com

    Soft Chapatis

    Puff pastry - recipe

    kek coklat tanpa butter

    BAHAN2 NYA:
    •  2 biji telur
    • 1cawan minyak jagung
    • 1cawan gula pasir
    • 1cawan gula perang
    BAHAN A
    • 1 sudu kecil esen vanila
    • 1 1/2 cawan susu segar perisa coklat
    • 1/2 cawan air + 2 sudu kecil nescafe

    BAHAN B
    • 2 sudu kecil soda bicarbonat
    • 1sudu kecil baking powder
    • 1/2 cawan serbuk koko
    • 2 cawan tepung gandum
    TOPPING
    • 1/2 cawan koko van hauten
    • 1/2 cawan susu pekat manis
    • 1 sudu besar butter
    CARA2NYA:
    1. Pukul telur hingga kembang
    2. masukkan gula dan pukul lagi sampai gebu 
    3. masukkan minyak jagung dan putar lagi hingga putih dan gebu
    4. ayak bahan B dan masukkan kedalam adunan  telur selang seli dengan bahan A.
    5. gaul sebati dan bakar dlm suhu 170c selama 45 min.. atau hingga bergantung pada jenis oven.
    • sejukkan kek.. kemudian baru topping...
    cara membuat topping..
    masukkan kesemua bahan kedalam periuk masak d atas api kecil sehingga pekat... 
    tuang keatas kek yg telah sejuk....
      
    SELAMAT MENCUBA..... kalau x jadi ...cuba lagi...
    tips... pastikan telur dlm suhu bilik...

    coretan hujung minggu

    asalammualaikum.... lama benar aku x  update blog...mcm hal yg tidak dapat ku elakkan... masalah utama ialah kamera rosak ... x dapat ambil gambar...hari ni aku nak boh resepi kek coklat tanpa buter... tapi sorry ya x da gambar,,,tapi kek tu mcm yg aku buat masa birthday anak dulu yg aku aising...yg x cantik... sbb x da peralatan aising.... ok.. nantikan resepinya....