Tuesday 19 November 2013

POP CORN

Bahan-bahannya:
1/3 cawan jagung kering khas utk pop corn*
1sudu besar margerin/ mentega/*

cara membuatnya;  stir fry kan mentega hingga cair.,masukkan jagung, kacau rata.
tutup periuk dan set ke high press 2 min.proses buang steam..... keluarkan pop corn...

bahann utk karamel:

2 sudu besar minyak makan
2 sudu besar mentega
3 sudu besar gula
1 sudu besar madu

cara-caranya:

masak hingga cair dan likat semua bahan d atas masukkan pop corn.. kacau sebati
angkat dan hidangkan


SELAMAT MENCUBA... Mudah sajeee



Sunday 17 November 2013

APAM BALIK

BAHAN-BAHANNYA:

  • 2 Cawan tepung gandum*
  • 1/2 cawan gula*
  • 1 sudu teh soda bikarbonat*
  • 1sudu teh baking powder*
  • 1/2 sudu garam atau ikut rasa*
  • 1cawan air*
  • 1/2 minyak *
  • 2biji telur*
  • kacang tanah mesin @ serbuk kcang tanah
  • tin jagung manis
  • susu pekat manis
  • gula..
Cara-caranya:
blendkan semua bahan yang bertanda *
2. panaskan acuan apam balik @ kuali non stick @ periuk noxxa
3..oleskan acuan dgn kain lembap, sendukkan adunan yg telah dblendkan.. sapu rata memenuhi acuan.

4.. apabila apam separuh masak, taburkan gula, susu pekat manis, jagung manis dan juga serbuk kacang tanah
5.. masak hingga garing.. lekang d tepi.. angkat dan lipat dua

siap utk dhidangkan


selamat mencuba.....

Bubur Asyura

Bahan-bahannya:

100g kacang hijau drebus atau... high press 10 min
100g ubi keledek 2 min
1 tin jagung manis
1 sikat pisang
1 cawan gula merah siap dibancuh dan tapis
3cawan tepung beras
2 cawan air
1 1/2 cawan tepung jagung
1kilo santan
daun pandan secukupnya,
gula putih ikut rasa
garam secukup rasa

Cara-caranya:







   . bancuh tepung beras dgn tepung jagung, masak  sebati, tapiskan...
2.masak dlm periuk dengan api perlahan... jika periuk noxxa steamkan 5 min.
3.kacau selalu... masukkan kacang hijau yg telah drebus n jagung tin..kacau lagi
4..masukkan air gula merah, gula putih, santan.. kacau lagi ..
5 masukkan ubi keledek dan garam.
6.. masukkan pisang dan suaikan rasa.. kacau sehingga pekat...dan berkilat.. tutupkan api..
7.angkat dan cedukkan kedlm bekas yg d sukai...
8 hidangkan sejuk.


SELAMAT MENCUBA...


Bubur lambuk

bahan-bahannya:

  • 2 cawan beras
  • 13 cawan air
  • 1 inci halia
  • 3ulas bawang merah @ 1 labu bawang besar
  • 2 ulas bawang putih
  • 100g lobak masin
  • 25g udang kering
  • 100g udang basah/hidup
  • 150g daging d potong dadu
  • 2batang serai
  • 1inci lengkuas
  • 1sudu besar halba
  • 1sudu besar lada hitam
  • 2batang lobak merah
  • 3 biji kentang (ikut suka )

cara-caranya:
step 1

masak dlm periuk noxxa ,set high press 10 min
buangkan steam selepas 10min...

step 2

masukkan lobak merah dan ubi kentang
step3
high press sekali sebanyak 5 min.. ulang proses buang steam.
step 4
set stir fry masukkan:

  • 1 1/2 sudu garam atau ikut rasa
  • 2 santan pekat
  • kuib ikan bilis....
step 5
masak hingga mendidih,suai rasa.. tekan off
 siap utk dhidangkan bersama daun bawang ,daun sup serta bawang goreng


bubur lambuk juga sedap dihidangkan bersama serunding daging, selamat mencuba


Monday 15 October 2012

donut




donut o donut.... sedap d makan bila masa pun... boleh d simpan d dalam bekas kedap udara... mudah membuatnya jika kita tahu cara membuatnya... sambil2  membuat kerja rumah kita boleh sediakan dohnya... ikuti langkah2 di bawah.. pasti donut
anda menjadi... cubalaa...


BAHAN2NYA:


  • 1 camb. yis mauripan *
  • 1/2 cawan air suam*
  • 1 camb gula*
  • 5 cawan tepung gandum
  • 1/2 cawan gula 
  • 1cmb pelembut roti
  • 1cmb bread improver
  • 1cmb shortening ( lemak sayur)+
  • 1cmb. marjerin +
  • 1 biji telur 
  • garam secukup rasa

CARA2NYA:
  1. Satukan bahan bertanda * biarkan yis aktif dan naik .
  2. apabila yis telah naik dan kembang masukan tepung , telur,susu dan gaul sebati dalam mangkuk adunan.
  3. sementara itu cairkan bahan bertanda +  ..tunggu sehingga suam2 kuku dan masukkan kedalam adunan tadi ..uli sehingga tepung tidak melekat pada jari sekira adunan lembek.. masukkan sedikit tepung agak2..uli lagi sehingga doh licin ... tutup adunan dengan kain lembab














apabila doh naik mengembang 2 kali ganda ... adunan ditumbuk2 utk proses membuang angin.. uli sehingg doh menjadi kental .. banting2 doh utk memlembutkannya...




 uli sekali lagi... taburkan tepung dan canai adunan mengikut ketebalan yg disukai dan terap dengan acuan donut... ulangi sehingga adunan habis.























goreng donut dalam minyak yg penuh dengan api sederhana panas.. biar donut kembang baru balikkannya.. angkat apabila warna keperangan.. sejukkan sedikit barulah digaul dengan gula halus.... donut juga sedap dimakan dengan toping coklat...






hiasan donut ..... 1.: gula halus ataupun toping coklat....

topping coklat :; bahan :

  • 1/2 cawan serbuk koko
  • 1/2 cawan susu pekat manis
  • 1 sudu besar minyak masak
  •  utk hiasan gula2 manik 
CARA2NYA;

Satukan semua bahan kecuali gula manik... masukkan kedalam periuk dan masak dengan api yg perlahan ... masak sehingga pekat dan berkilat.. biarkan suam dan celup donut yg telah sejuk....taburkan gula2 manik keatas donut sebagai hiasan...... cuba jangan x cuba....



selamat mencuba...