Thursday 27 October 2011

roti canai

                                                                           
Setiap kali hujung minggu ataupun cuti sekolah ... pasti anak2 ajak p makan roti canai... sbb umminya x pandai buat roti canai... memandangkan  minggu lepas p makan roti canai... dah naik harga.. nipis pula.... terasa ingin mencuba membuat sendiri semakin kuat ... puas tanya sana sini termasuk mak macamana buat roti canai... teringat masa  kecil dulu mak selalu buat roti canai... kebetulan pada masa yang sama teringat bekas anak murid menjual roti canai.. jadi hari ni.. nak kongsi resepi membuat roti canai yg saya gabungkan dengan teknik mak dan resepi anak murid.oleh kerana tidak pandai nak tebar... jadi teknik mak menipiskan doh roti canai dgn menggunakkan talam atau pun dulang besar.saya amalkan ..... sebenarnya x susah mana pun membuat roti canai ni... rupanya.. senang ..yg pasti kita. tahu tekniknya ..


BAHAN2
  • 500g tepung gandum cap TANK
  • 260 ml air
  • 1 biji telur
  • 1 sudu teh garam
  • 1 sudu besar susu pekat manis
  • 1/2 sudu besar horlicks
  • 1 sudu besar lemak sayur ( dicairkan)
  • minyak masak secukupnya


    CARA2

    • satukan semua bahan kedalam bekas...
    • uli bahan hingga sebati sehingga menjadi doh..
    • uli lagi sehingga doh tidak melekat pada jari...
    • tutup doh dgn kain lembap selama 4 jam..
    • selepas 4 jam ambil dah dan bulat2 kan dengan menggunakan minyak masak...seperti digambar 1..dan perap selama 1 jam lagi.
    • ambil doh dan tekan nipis seperti gambar 2 di atas talam / dulang besar
    • kemudian tarik doh perlahan-lahan seperti gambar 3 ..
    • tarik lagi sehingga doh nipis memenuhi talam / dulang seperti gambar 4.
    • ambil minyak masak dan sapu keatasnya...seperti gambar 5
    • gulung memanjang seperti digambar 6 ..
    • ambil minyak masak sambil doh di tarik panjang seperti gambar7
    • gulung bulat seperti di gambar 8... bentuk doh seakan2 bunga ros seperti di gambar 9
    • ambil doh berbentuk ros dan tekan nipis seperti di gambar 10 dan 11..
    • panaskan kuali nipis dgn menggunakan sedikit minyak dan letakkan doh yg telah dinipiskan tadi 
    • balikkan... biar sehingga masak atau garing..seperti gambar 12.. ..

    sesuai dihidangkan bersama kari atau susu pekat manis
    SELAMAT MENCUBA...

                                                            

                                                                                                                     .

    Wednesday 26 October 2011

    catatan hujung minggu

    hari ni 26.okt,2011.... cubaan ku membuat roti canai segera tapi family kata roti canai talam... sebab ku tarik sampai nipis atas talam... menjadi... tapi x sempat nak ambil gambar ..dah kena ngap... ni pun cubaan kali ketiga baru menjadi lembut dan ranggup.... mula2 tu buat habis terkoyak sbb gunakan tepung cap kompang.. x elok langsung... kali kedua gunakkan cap TANK... baru x koyak bila d tarik nipis atas,,talam.. tapi rasanya kurang sedap.. kurang garam dan liat sikit.... hari  ni menjadi..... tapi  x sempat nak ambik gambar ..maklumlaa time buat masa tu hujan... apalagi.. licin.. insyaallah esok nak buat lagi .sampai puas hati.. lepas ni x payah beli lagi roti canai....

    Monday 24 October 2011

    muffin vanilla

    terasa nak mereka cipta resepi muffin...  inilaa hasilnya... jadi x ???

    BAHAN2NYA;

    • 6 cawan tepung superfine
    • 3 cawan gula pasir
    • 3 cawan minyak jagung
    • 5 biji telur
    • 2 cawan susu cair
    • 1 cawan oat
    • 2 cawan kismis
    • 5 sudu teh baking powder
    • 1 sudu teh soda bikarbonat
    • 1 sudu teh esen vanilla       
    CARA2NYA:

    1.  Ayak tepung bersama baking powder dan soda bikarbonat
    2. putar telur dan gula dengan kelajuan maksima  sehingga kembang
    3. masukkan esen vanilla dan minyak .. putar lagi  
    4. perlahankan speed , masukkan tepung dan susu selangseli
    5. masukkan oat dan kismis kacau sebati
    6. masukkan kedalam cawan kertas ..dan bakar pada suhu 180c atau sehingga masak                                                                                                                                

    Sunday 23 October 2011

    ikan goreng tepung

    sebelum












                                                                        selepas















    BAHAN2
    • 6 Ekor ikan kembung
    • 1 biji telur
    • 2 camca besar cili kisar
    • 1 camca teh garam
    • 1 camca besar sos tiram
    • garam .,gula secukup rasa
    • 1 cawan tepung ubi.
    CARA2NYA: 
    1. Masukkan kesemua bahan kedalam bekas ..
    2. gaul sebati..
    3. masukkan ikan dan gaul lagi
    4. perap ikan selama 1 jam..
    5. goreng ikan yg bersalut tepung dengan minyak yg banyak..
    6. goreng dengan api yg sederhana... goreng ikan hingga garing
    7. angkat dan hidangkan panas2...

    Puding cocktail berkuah

    BAHAN2NYA:

    • 24 gm agar-agar bertali
    • 12 cawan air
    • 1 tin cocktail
    • 1 tin sweet corn
    • 2 cawan gula
    • 900 gm kismis
    • 1 tin susu cair ideal*
    • 1 biji telur *
    • 1 camb besar tepung kastad *
    • 1 sudu teh garam
    • 1 sudu teh esen vanilla *
    CARA-CARA:

    1. Masak agar2 dgn 12 cawan air hingga larut.
    2. masukkan gula dan masak hingga gula larut
    3. masukkan cocktail ,sweet corn dan kismis
    4. masukkan garam..
    5. kisar bahan * 
    6. masukkan bahan * yg telah dikisar kedalam periuk agar2 tadi
    7. kacau selalu  sehingga buih hilang...
    8. masak hingga puding berkilat.
    9. tuang kedalam acuan yang di sukai..
    10. hidangkan sejuk bersama kuah puding...
    KUAH PUDING:
     Bahan-bahan:

    • 1 tin susu cair ideal * 
    • 1biji telur *
    • 1 sudu teh esen vanilla *
    • 4 cawan air
    • 1 camca besar tepung kastad *
    • 1 cawan gula
    • secubit garam
    CARA-CARA :

    1. kisar  bahan bertanda * sehingga sebati..
    2. masukkan kedalam periuk bersama 4 cawan air
    3. masukkan gula dan garam
    4. kalau selalu sehingga kuah  pekat..dan berkilat
    5. hidangkan sejuk bersama puding.
     selamat mencuba.....

    Thursday 20 October 2011

    catatan hujung minggu

    hari  ini  jumaat.....21 oktober..2011.... baru balik dari sekolah hantar anak pergi lawatan ke Melaka...pastu pergi pasar beli stok... peti sejuk dah kosong... hiss barang semua naik harga... gaji belum naik barang dah naik... perut dah lapar setelah lama berada di sekolah tadi.... singgah makan roti canai kat warung.... roti canai pun naik harga.... tercabar rasanya x pandai buat roti canai ...dah nipis... mengalahkan kertas.. kena belajar buat ni.. tunggu tau.. ..boleh lah kita sama2 kongsi resepi .......

    Wednesday 19 October 2011

    perencah ikan bakar...

    BAHAN2

    • 2 ekor ikan talapia merah..(apa2 jenis ikan pun boleh)
            BHN YG BERTANDA * PERLU DIKISAR HALUS

    • *15 tangkai cili kering direndam dgn air panas(ikut citarasa kalau nak pedas... tambah cili)
    • *10 ulas bawang merah
    • *3 ulas bawang putih
    • *3 cm halia(agak2)
    • *2 cm lengkuas
    • *2 cm kunyit hidup
    • 5 btg serai
    • sos tiram+gula+garam ikut rasa
    • 1 mangkuk kecil santan pekat(ikut kemahuan)
    CARA2

    1. kisar halus bahan bertanda * 
    2. masakkan bahan kisar hingga mendidih sambil kacau sebati
    3. masukkan santan pekat dan masak lagi hingga naik bau dan pecah minyak
    4. kemudian ,.. masukkan gula, garam dan sos tiram .. suai rasa ikut selera masing2,,,
    5. masak lagi hingga perencah tadi  sederhana pekat .. 
    6. gaul dan perap pada ikan 1 jam .. 
    7. bakar ikan...
    senangkan.... kalau nak sedap..,,,, bakar ikan  menggunakan kuali ... apa pula bakar ikan atas  KUALI????

    CARA2 :

    1. panaskan kuali... gunakan kuali leper..
    2. alaskan kuali dgn daun pisang..
    3. masukkan ikan yg diperap kemudian tutup kuali
    4. selepas 5 minit tambah perencah pada ikan...
    5. balikkan2 ikan ... 
    6. masak hingga kuah tadi pekat dan menyaluti ikan. [ kalau kuah pekat dan mata ikan dah jadi putih ]tandanya ikan bakar dah masak dan naik aromanya...
    sedap.... cubalah....

    Tuesday 18 October 2011

    cornflakes bermadu

    BAHAN2;

    • 60gm mentega
    • 4-5 camca besar madu
    • 6 cawan corn flakes
    • 80gm badam digoreng
    • 1/2 cawan bijan digoreng
    • cawan kertas secukupnya
    CARA2

    1. Cairkan mentega dan madu diatas api yang sederhana hingga mentega cair
    2. masukkan campuran ini kedalam bahan kering tadi dan gaul sebati.
    3. sudukan kedalam cawan kertas... ulangi proses sehingga habis adunan
    4. bakardalam oven pada suhu170c selama 10-12 atau hingga kekuningan
    5. keluarkan dr oven ... biarkan sejuk [keras]
    6. simpan dalam bekas kedap udara sebelum dihidangkan...
     * menghasilkan anggaran 50 biskut

    serabai kuah durian


    BAHAN UTK SERABAI :

    • 300gm tepung beras
    • 100gm tepung gandum
    • 500ml santan
    • 1sudu besar yis kering [ mauripan]
    • 1sudu kecil gula pasir
    • 1/2 sudu kecil garam
    • 100ml air kelapa
    BAHAN UTK KUAH
    • 300gm gula pasir[ ikut rasa]
    • 800ml santan
    • 10-15 ulas durian di buang biji [ jumlah isi durian bergantung kepekatan kuah]
    • 1 cawan air
    • 1 sudu teh garam
    CARA2;
    1. Satukan bahan serabai ,kacau dan perapkan sehingga adunan naik lebih kurang 1 jam....sementara menunggu adunan serabai naik... masakkan kuah durian.
    2. masukkan isi durian kedalam periuk bersama 1cawan air dan gula... ikut rasa siapa yg suka manis tambahlah lagi atau sebaliknya.
    3. masak sampai isi durian sebati dengan gula... tambah air jika perlu... biar mendidih dan masukkan garam
    4. masukkan santan ..kacau selalu agar tidak pecah minyak... biar mendidih sekali .. barulah angkat..
    5. hidangkan bersama serabai
    6. lenserkan sedikit minyak pada acuan serabai atau kuali kecil ..
    7. sendukkan adunan kedalam acuan kemudian tutup selama 5-6 minit atau hingga masak
    8. ulangi proses sehingga habis adunan..
    9. hidangkan bersama kuah durian...

    tat nenas

    BAHAN2

    • 180 gm tepung gandum
    • 125gm mentega
    • 50gm tepung jagung
    • 20gm gula aising
    • i biji kuning telur
    • 5ml esen vanilla
    • jem nenas secukupnya
      CARA2

    1. Pukul mentega bersama gula aising sehingga kembang dan lembut
    2. masukkan esen vanilla dan kuning telur..kacau sebati
    3. masukkan tepung gandum dan jagung sedikit demi sedikit.. kacau sebati sehingga menjadi doh
    4. uli doh dan terapkan menggunakan acuan tat 
    5. ambil jam nenas dan gulungkan tat kemas
    6. sapukkan kuning telur di atas tat
    7. bakar pada suhu 175c selama 15 minit atau hingga masak.. bergantung pada jenis oven.

    Monday 17 October 2011

    Biskut Samperit


    BAHAN2
    • 400 gm tepung jagung
    • 160 gm tepung kastad
    • 250 gm mentega
    • 50 gm gula aising
    • 2 sudu makan susu pekat manis
    • 1 sudu teh esen vanilla
    • ceri secukupnya yg kecil (dadu)
    CARA2
    • pukul mentega , gula aising dan esen vanilla sehingga sebati.
    • masukkan bahan kering dan uli hingga menjadi doh.
    • isikan dlm acuan samperit dan tekan diatas dulang pembakar..
    • letakkan ceri ditengah bunga samperit.
    • bakar selama 20 min pada suhu 175 celcius

    tepung pelita





    BAHAN2 
      BHG ATAS 
    • 1 cwn tepung beras 
    • 4 cwn santan 
    • 1/2 sudu teh garam
      BHG BWH
    • 2 cwn tepung beras
    • 1/2 cwn tepung jagung
    • 1 cwn gula
    • 5 cwn air
    • 1 sudu besar air kapur
    • 1 sudu teh air garam
    • pewarna hijau atau air daun pandan
    CARA2
    • untuk bahagian bawah,.. tepung,air,gula,air daun pandan 3 titik pewarna hijau dan air kapur dibancuh hingga sebati.
    • masakkan tepung yg diadun dankacau hingga masak dan berkilat.
    • bila dah mendidih dan masak,masukkan kedalam bekas yg disukai atau daun pisang yg telah dibentuk... disebabkan saya sukar utk memperolehi daun pisang , saya gunakan bekas dadih untuk kuih tepung pelita
    • untuk bahagian atas.. campurkan semua bahan dan masak diatas api yg perlahan sambil kacau supaya tidak bergetel dan  masak hingga pekat .
    • angkat dan tuangkan keatas lapisan bawah...
    • sejukkan dan hidangkan....                                                                                                                                    

    Sunday 16 October 2011

    Kuih Lopes


    Bila nak masak kuih lopes masalahnya ialah dimana nak cari daun pisang..seperti mak kita dulu buat kuih lopes yg dibaluti daun pisang...permintaan yg tinggi dr family nak mkn kuih lopes...timbul lah idea menggantikan daun pisang kpd penggunaan aluminium foils ternyata ia menyelesaikan masalah utk membuat kuih lopes....senang dan mudah utk membalutnya..cuma pintal kedua hujungnya seperti gula2...

    Bahan2

    Bahagian A
    5 cwan beras pulut susu
    4 cwan air
    1 cwan air daun pndan
    3 ttik pewarna hijau
    2 sdu bsr air kapur
    1 sdu teh garam
    Beberapa aluminium foils secukupnya

    Bahagian B
    250 gram gula merah
    5 sdu bsr gula pasir
    1 sdu teh gram
    2 hlai daun pandan
    1 cwan air

    Bahagian C
    1/2 bji kelapa parut (putih shj)
    Garam secukup rasa

    Cara2


    1. Basuh dan toskan pulut
    2. Masukkan kedlm periuk dan rendamkn bhn2 di A selama 20 mnit
    3. Tanak pulut dgn api yg perlahan sehingga separuh masak
    4. Tutup api dan biarkan ia sejuk
    5. Utk bahagian B masak air gula sehingga mendidih dan pekat dan biarkan sejuk
    6. Ambil aluminium foils berukuran 9x12 inchi
    7. Ambil pulut dan balut kemas sambil menggulungnya
    8. Kemaskan hujung aluminium foils spt gula2[ pintal]
    9. Ulangi proses membalut pulut sehingga habis
    10. Kukus selama 40 minit atau sehingga masak
    11. Sejukkan kuih lopes dan potong dan gaulkan bahan di bahagian C di atas
    12 Hidangkan bersama air gula

    SELAMAT MENCUBA!!!

    apam coklat..

    BAHAN
    3 biji telur gred A

    1 cwn gula pasir
    1/2 cwn susu pekat manis
    2 cwn tepung gandum
    1/2 cwn susu tepung
    1 cwn serbuk koko
    1 cwn air suam yg agak panas sikit
    1 sudu teh baking powder
    1 sudu teh soda bikarbonat
    1 cwn minyak jagung
    1 sudu teh esen vanilla


    CARA2
    1.putar telur dan gula hingga kembang
    2.masukkan esen vanilla diikuti minyak dan putar sebati
    3.masukkan tepung yg telah diayak dgn soda + baking powder selang seli dengan susu pekat manis dan susu
       tepung.
    4. masukkan serbuk koko yg telah dibancuh dgn air suam tadi... putar lagi hingga adunan sebati..
    5. gunakan sudu teh ... ambil adunan tadi dan masukkan kedlm acuan kek cawan atau acuan lompang yg telah
       dilenser dengan sedikit minyak...
    6.kukus selama 20 minit atau hingga masak..
    7.angkat dan hidangkan sejuk            
    .
    TIPS:1. Pastikan telur dalam suhu bilik
             2. Ayak tepung + soda + baking powder  sebanyak 5 atau 6 kali..utk mendapat hasil apam yg gebu...
                                       
                                             SELAMAT MENCUBA.......

    Saturday 15 October 2011

    Vanilla Cupcake


    Bahan;

    4 biji telur
    1 cawan gula castor
    1 cwn susu pekat manis
    1 cwn minyak jagung
    2 cwn tepung kek
    1 cwn air suam d campur dgn susu pekat manis
    1cwn nestum


    Cara2..


    1. Kisar gula dan telur sampai kembang.
    2. Masukkan esen vanilla dan minyak jagung dan putar sebati
    3. Masukan tepung yg telah d ayak selang seli dgn susu dan nestum
    4. Kacau sebati dan sendukkan ke cawan kek
    5. Bakar dlm suhu 180 dlm masa 20 min @ sampai masak

    kek kukus pelangi

    BAHAN2NYA:
    250 G. tepung berserbuk penaik
    200 ml santan { gunakan santan kotak }
    200 g gula castor
    2 biji telur gred A
    1cmt esen vanilla
    1 camca makan ovelate
    secubit garam
    perwarna merah dan hijau
    .
    CARA2NYA:

    1. satukan kesemua bahan kedlm mangkuk adunan kecuali pewarna.
    2.pukul dengan speed perlahan sehingga semua bahan bergaul mesra... kemudian lajukan speed dan putar hingga adunan kembang dan berwarna putih serta pekat.
    3.bahagikan kepada 3 bahagian..merah, hijau dan satu dibiarkan putih.
    4.dlm tin yg dilenser dgn mentega.. bubuh merah hijau secara berselang seli diikuti bahagian putih diatasnya.
    5.gunakan spatula buat pusingan satu arah 1-2 kali.
    6.kukus selama 45 minit atau hingga masak...
    7.angkat dan keluarkan dari acuan.. biarkan sejuk barulah potong...

    mee sanggul


    • BAHAN:
      • 250g mee sanggul di rendam dgn air suam kuku selama 10 min
      • *7g cili kering
      • *1 biji bawang besar
      • *10g ikan bilis
      • *1 cawan air
      • bahan yg bertanda * perlu dicampur dan dikisar halus
      • 20g udang kering tanpa kulit
      • 20g udang basah
      • 90g isi ayam dipotong dadu
      • 2 biji telur
      • 50g sawi
      • 30g taugeh
      • 1/2 cawan sos cili
      • 1/2 cawan sos tiram
      • 1 sudu makan gula
      • 1/2 cawan minyak masak
      • 1 ulas bawang putih
      • 1 paket kecil bawang goreng

      Cara-cara

      1. tumiskan minyak dan masukkan bawang putih
      2. masukkan bahan kisar,tumis sehingga naik bau
      3. masukkan isi ayam,udang basah dan udang kering
      4. masukkan sos cili, sos tiram dan gula.masak sehingga kuahnya agak pekat sedikit
      5. masukkan mee sanggul yang telah ditoskan.kacau rata.masak slama 5 minit
      6. buat lubang ditengah kuali dan masukkan 2 biji telur,kemudian tutup semula dengan mee.biarkan selama 5-10 minit
      7. kacau dan balikkan mee,kemudian masukkan sawi dan taugeh.goreng mee selama 10 minit lagi.kemudian bolehlah diangkat dan dihidang bersama bawang goreng. SELAMAT MENCUBA =)