Monday 16 July 2012

CAKOI @ BANTAL PELUK

 Kuah kacang masih ada lagi...nak buat cucur udang.... udang pula  dah habis stok.. fikir punya fikir terjadilah kuih ni yg dinamakan cakoi tapi anak2 panggil bantal peluk..khih 3 ... apa pun namanya kuih ini sedap dijadikan  sarapan pagi ataupun minum petang.... mudah ..jika kita tahu caranya....sambil2  buat kerja rumah boleh kita sediakan dohnya...


BAHAN2NYA;

  • 4 Cawan tepung roti
  • 1 cawan air suam*
  • 1sudu besar gula*
  • 1sudu besar yis*
bahan yg bertanda * disatukan  .. biarkan yis naik memenuhi mangkuk spti gambar
  • 3 sudu besar gula
  • 1 sudu besar marjerin ( d cairkan.. biar suam)
  • 1 sudu besar susu tepung
  • 1 biji telur
  • 1 sudu besar soda bikarbonat
  • 1 sudu besar garam
  • minyak utk menggoreng ( GORENG PENUH )
  • 1 cawan tepung gandum utk d sapu pada papan  canai dan doh....
  • 1 cawan air
    antara bahan2 utk membuat cakoi.....


    CARA2NYA:

    1. Campurkan semua bahan kecuali yis...
    2. kacau sebati semua bahan .. baru masukkan yis ...yg telah naik penuh...
    3. uli doh dan sekiranya adunan doh  lembik boleh dtambah dengan sedikit tepung.tapi jika doh tidak dapat di uli... masukkan air sedikit demi sedikit.... uli sehingga doh sebati seperti gambar di atas..biarkan doh selama 1 jam atau hingga naik 2 kali ganda... tutup dgn tuala lembap seperti gambar

    setelah doh naik.......proses buang angin dilakukan dengan menguli doh ... sekiranya adunan lembik dan melekat ditangan taburkan tepung sedikit demi sedikit sehingga doh menjadi kental;...seperti gambar





    canai doh 4  - 5 cm  panjang.   potong memendek... kemudian ambil lidi dan basahkan dan goreskan ditengah potongan tepung dan cantum... ulangi proses sehingga habis doh... rehatkan d atas dulang sehingga doh naik.. seperti gambar..



    panaskan minyak dan goreng cakoi dengan api yg perlahan..... sebelum di goreng tarik cakoi sedikit dan masukkan ke dalam kuali... goreng sehingga masak ...


    #### Angkat dan hidangkan panas dengan kuah kacang...


    SeLaMat MenCuBa.... jangan putus asa... anda pasti berjaya membuatnya jika ikuti langkah2 seperti di atas...#####




    Sunday 15 July 2012

    SPIRAL GORENG SIMPLE

    resepi yg simple...gunakan bahan yg sedia ada kat dapur.sesekali tukar selera ke menu barat.. tapi citarasa melayu...


    BAHANNYA:

    • 1/2 Paket spiral
    • 1 biji bawang besar di mesin halus
    • 2 labu bawang putih d ketuk
    • 3 sudu besar cili mesin [ kepedasan ikut citarasa }
    • 200 gm isi ayam dipotong dadu. 
    • gula dan garam secukup rasa
    • 1 cawan cili sos
    • bawang goreng utk hiasan
    • 3 sudu besar basil utk ummpkan rasa
    • minyak utk menumis.
    • 3/4 cawan air ( agak2 utk kuah nya)

    CARA2NYA
    1. Spiral di rebus mengikut arahan pada paket.. masukkan  sedikit 1 sudu teh minyak masak dan garam bagi mengelakkan spiral melekat.. apabila sudah masak ( lembut ) toskan.
    2. tumiskan minyak.. masukkan bawang putih dan bawang besar mesin sehingga naik bau
    3. masukkan isi ayam.. tumiskan ..kacau sebati..
    4. masukkan cili mesin dan cili sos.... masukkan gula dan garam secukup rasa..
    5. masukkan sedikit air utk kuahnya... masak agak2 sampai pekat
    6. masukkan spiral yg telah di toskan .. kacau sebati sehingga kuah bersalut..
    7. tambahkan basil utk menyedapkan rasa..
    8. angkat dan hidangkan bersama bawang goreng...
    9. jika suka taburkan sedikit daun bawang 
    10. hidangkan panas2......
    selamat mencuba.... sesekali lidah bertukar rasa



    Inilah basil.... herba italian,,,,... sedap.... ummp utk resepi ala2 itali

    AGAR-AGAR ROTI


      


    Dah lama x masuk blog... bukannya apa x da resepi baru yang dikongsi bersama.... terintai intai kat dapur mencari bahan masakan.. ternampak bungkusan roti.. ada lagi separuh belum terusik..selalunya roti kat umah cepat habis walaupun saiz jumbo...sayang roti drpada terbuang begitu saja sebab tarikh luputnya lusa,,,, lebih baik d buat sesuatu resepi... maka jadilah agar2 roti ni... mudah saja.



    BAHAN2NYA:

    • 1 paket agar-agar bertali 20 gram
    • 6 cawan air
    • 1 1/4 gula pasir ( ikut cita rasa )
    • 1 tin susu cair
    • 6 keping roti
    • 1 biji telur
    • 3 jenis @ 4 pewarna
    • 1 sudu teh esen vanilla
     CARA2NYA :

    1. Roti dicarik2 dan satukan dengan susu cair dan telur... biarkan sehingga roti kembang
    2. apabila roti telah kembang, mesin hingga halus
    3. agar2 direndam sekejap kemudian toskan, satukan agar2 dengan 6 cawan air dan masak hingga hancur.
    4. tapis agar dan masukkan semula ke dalam periuk
    5. masukkan gula ikut citarasa dan kacau sebati.. masukkan esen vanilla
    6. masukkan bahan kisar tadi dan kacau sebati.. perlahan api masak hingga mendidih.. terus tutup api.
    7. bahagikan agar ke 3 mangkuk yg berasingan dan warnakan tiap satu..kacau rata.
    8. tuang 1 warna d tengah2 loyang...hingga habis ( sekali tuang ) dan diikuti dengan warna lain dengan kaedah yg sama.. buat sehingga semua warna sehingga habis... x perlu tunggu hingga agar2 keras.
    9. sejukkan dan hidangkan sejuk....

    SELAMAT MENCUBA... lebihan roti juga boleh dijadi resepi yg sedap... elakkan pembaziran.....