Monday 28 November 2011

kuih pau


BAHAN2
    UNTUK KULIT PAU

  • 500g tepung pau
  • 3 sudu besar shortening atau lemak sayur dicairkan
  • 1 sudu besar baking powder
  • 1 sudu besar bread softner
  • 2 1/2sudu besar yis mouripan*
  • 220 ml air suam*
  • 1 sudu besar gula*
CARA2
      UNTUK PAU

  1. satukan bahan yg bertanda * sehingga yis naik
  2. ayak tepung dgn baking powder
  3. setelah yis naik masukkan tepung yg telah diayak dgn baking powder,bread softner
  4. uli sebati..masukkan shortening atau lemak sayur yg telah dicair (suam2 kuku)
  5. uli lagi sehingga tidak melekat pada tgn sekiranya masih melekat tambahkan sedikit tepung
  6. biarkan 1 jam atau sehingga doh naik 2x ganda
  7. setelah doh naik... uli sekali utk proses buang angin.
  8. uli lagi dan ambil doh .. bulat2kan mengikut saiz yg dikehendaki ...
  9. canai leper kemudian masukkan inti.
  10. biarkan kuih pau naik barulah dikukus dengan api yg sederhana.
  11. kukus kuih pau selama 30min atau hingga masak... 

Inti kacang merah

BAHAN2
     INTI KACANG MERAH
  1. 3 cawan kacang merah yg telah direbus empuk
  2. 1 1/2 cawan air
  3. 1 cawan gula
  4. 1 sudu besar tepung ubi
  5. 3 sudu besar minyak masak
CARA2
     INTI KACANG MERAH
  1. kisar halus kacang merah bersama air
  2. masakkan kacang merah yg telah dikisar bersama  gula,tepung ubi dengan api yg perlahan.
  3. kacau selalu dan masukkan minyak masak...
  4. kacau inti sehingga pekat dan berkilat
  5. angkat dan sejukkan sebelum dijadikan inti pau
selamat mencuba.....