Friday 22 June 2012

CUCUR JAWA


Yahooo.... kali pertama buat cucur jawa ni menjadi..... kuih kegemaran suami...namanya cucur jawa tapi aku ni org jawa tapi x tau nak buat..  terasa tercabarlah pula.... maka alkisah kuih ni  aku try buat berdasarkan resepi dr mulut org tua2 tempat aku mengajar dulu serta cari sumber internet ... maka jadilah cucur aku ni ... walaupun bibirnya xlah cantik tapi aku puashati sbb menjadi... lepasni x payah beli lagi....sebenarnya cucur ni x susah manapun cuma kita perap semalaman adunannya... cubalah...


BAHAN2NYA :

  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 cawan tepung beras
  • 1 cawan gula merah
  • 1/2 cawan gula pasir 
  • 2 cawan air ( agak2 )
  • garam secukup rasa
CARA2NYA:
  1. Satukan gula merah dan gula putih  serta  garam..,, masak dgn 2 cawan air sehingga mendidih... biarkan suam
  2. tepung beras dan tepung disatukan dan diayak ,, masukkan kedalam bekas
  3. tuang air gula yg suam tadi kedalam tepung ..kacau sebati sambil dipukul sehingga berbuih
  4. tutup adunan dan perap semalaman,,,,, agak2 lebih kurang 8 jam...
  5. panaskan kuali kecil dan tuang minyak anggaran 1 senduk..
  6. ambil 1 senduk kecil adunan kedalam kuali sehingga naik berbunga... kemudian perlahankan api...apabila cucur dah masak dan garing bibir angkat dan toskan ke atas tisu...( UTK SERAPKAN MINYAK)
  7. ulangi proses sehingga habis adunan tepung.... kesabaran perlu semasa membuat kuih ini sebab perlu di goreng satu2 ( sebiji2} 
selamat mencuba.. pasti berjaya...

No comments:

Post a Comment