Sunday, 15 July 2012

AGAR-AGAR ROTI


  


Dah lama x masuk blog... bukannya apa x da resepi baru yang dikongsi bersama.... terintai intai kat dapur mencari bahan masakan.. ternampak bungkusan roti.. ada lagi separuh belum terusik..selalunya roti kat umah cepat habis walaupun saiz jumbo...sayang roti drpada terbuang begitu saja sebab tarikh luputnya lusa,,,, lebih baik d buat sesuatu resepi... maka jadilah agar2 roti ni... mudah saja.



BAHAN2NYA:

  • 1 paket agar-agar bertali 20 gram
  • 6 cawan air
  • 1 1/4 gula pasir ( ikut cita rasa )
  • 1 tin susu cair
  • 6 keping roti
  • 1 biji telur
  • 3 jenis @ 4 pewarna
  • 1 sudu teh esen vanilla
 CARA2NYA :

  1. Roti dicarik2 dan satukan dengan susu cair dan telur... biarkan sehingga roti kembang
  2. apabila roti telah kembang, mesin hingga halus
  3. agar2 direndam sekejap kemudian toskan, satukan agar2 dengan 6 cawan air dan masak hingga hancur.
  4. tapis agar dan masukkan semula ke dalam periuk
  5. masukkan gula ikut citarasa dan kacau sebati.. masukkan esen vanilla
  6. masukkan bahan kisar tadi dan kacau sebati.. perlahan api masak hingga mendidih.. terus tutup api.
  7. bahagikan agar ke 3 mangkuk yg berasingan dan warnakan tiap satu..kacau rata.
  8. tuang 1 warna d tengah2 loyang...hingga habis ( sekali tuang ) dan diikuti dengan warna lain dengan kaedah yg sama.. buat sehingga semua warna sehingga habis... x perlu tunggu hingga agar2 keras.
  9. sejukkan dan hidangkan sejuk....

SELAMAT MENCUBA... lebihan roti juga boleh dijadi resepi yg sedap... elakkan pembaziran.....




Friday, 22 June 2012

CUCUR JAWA


Yahooo.... kali pertama buat cucur jawa ni menjadi..... kuih kegemaran suami...namanya cucur jawa tapi aku ni org jawa tapi x tau nak buat..  terasa tercabarlah pula.... maka alkisah kuih ni  aku try buat berdasarkan resepi dr mulut org tua2 tempat aku mengajar dulu serta cari sumber internet ... maka jadilah cucur aku ni ... walaupun bibirnya xlah cantik tapi aku puashati sbb menjadi... lepasni x payah beli lagi....sebenarnya cucur ni x susah manapun cuma kita perap semalaman adunannya... cubalah...


BAHAN2NYA :

  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 cawan tepung beras
  • 1 cawan gula merah
  • 1/2 cawan gula pasir 
  • 2 cawan air ( agak2 )
  • garam secukup rasa
CARA2NYA:
  1. Satukan gula merah dan gula putih  serta  garam..,, masak dgn 2 cawan air sehingga mendidih... biarkan suam
  2. tepung beras dan tepung disatukan dan diayak ,, masukkan kedalam bekas
  3. tuang air gula yg suam tadi kedalam tepung ..kacau sebati sambil dipukul sehingga berbuih
  4. tutup adunan dan perap semalaman,,,,, agak2 lebih kurang 8 jam...
  5. panaskan kuali kecil dan tuang minyak anggaran 1 senduk..
  6. ambil 1 senduk kecil adunan kedalam kuali sehingga naik berbunga... kemudian perlahankan api...apabila cucur dah masak dan garing bibir angkat dan toskan ke atas tisu...( UTK SERAPKAN MINYAK)
  7. ulangi proses sehingga habis adunan tepung.... kesabaran perlu semasa membuat kuih ini sebab perlu di goreng satu2 ( sebiji2} 
selamat mencuba.. pasti berjaya...

Thursday, 21 June 2012

BUBUR JAGUNG



BAHAN2NYA:
  • 10 Tongkol jagung
  • 1 biji kelapa
  • Gula putih secukup rasa
  • secubit garam
  • 3 cawan air
  • 3 helai daun pandan
  • CARANYA:
  1. Bersihkan jagung kemudian hiris nipis2 utk pisah biji jagung dr tongkolnya
  2. rebus biji jagung dengan 3 cawan air sehingga empuk,, masukkan daun pandan.
  3. kelapa parut diperah...  asing santan cair dan pekat { 1 mangkuk kecil santan cair dan 1 mangkuk besar santan pekat }
  4. setelah jagung empuk masukkan gula anggaran 8 camb,.. jika hendak manis tambah lagi gula... kemanisan ikut citarasa ...
  5. masukkan santan cair biarkan mendidih baru masukkan santan pekat dan garam
  6. kacau selalu sehingga mendidih terus tutup api... jgn terlalu lama nanti akan pecah minyak
  7. angkat dan hidangkan samada panas atau sejuk.
selamat mencuba......* andai sukakan sagu ... rendam 3 sudu besar sagu... masukkan kedalam periuk setelah jagung empuk....

Saturday, 16 June 2012

ROTI JALA

























BAHAN2

  • 4 cawan tepung gandum
  • 4 biji telur
  • 3 1/2 cawan santan cair
  • 1 sudu teh pewarna kuning
  • garam secukup rasa.
  • minyak utk dilenser pada kuali leper
CARA2

  1. masukkan kesemua bahan kecuali minyak masak ke dalam mesin pengisar { blender} mesin sehingga sebati..
  2. panaskan kuali leper dengan api perlahan dan lenser dgn sedikit minyak masak
  3. sendukkan adunan beter tadi ke dalam acuan roti jala ... sekiranya adunan keluar terputus2 bermakna adunan pekat dan perlu tambah santan cair begitu sebalik jika terlalu laju tambahkan sedikit tepung...dalam hal mcm ni kita agak2 kepekatan mcm adunan kuih ketayap
  4. jalakan di atas kuali leper / non stik sehingga memenuhi kuali seperti dlm gambar.
  5. biarkan selama beberapa minit sehingga ia lekang dgn sendirinya...bermakna roti jala telah masak
  6. angkat terus tanpa terbalikkannya.. .. lipat atau gulung roti jala.
  7. ulangi proses sehingga habis adunan roti jala.
  8. hidang bersama kuah durian atau pun bersama kari ayam...
SeLaMat MeNcUbA........jAnGaN PuTus aSa.......

Sunday, 10 June 2012

Teman karib ku d Salmah@ dapur


ketiga2nya banyak berjasa pada ku dalam dunia masakan.... oven zanusi yg dapat memasak 4 biji kek sekali gus dan 200 biji biskut.... oven roti yg pelbagai guna... dan mixer ... terima kasih suamiku yg banyak memberi sokongan dengan menghadiahkan ketiga2 alatan ini....