Saturday, 17 December 2011

Birthday cakes













 


                                                                           
Baru2 ni  masa birthday anak.... buat kejutan buat kek dengan icing... selalunya bila buat kek x sempat nak hias ,,, kek masih panas dah kena ngap... teringin sangat nak cuba icing kek.... inilah kek kali pertama percubaan utk icing.... perlu diperbaiki lagi.... mana nak cantik mcm kat kedai tu... sebab hias icing kek ni tanpa peralatan utk icing kek...berazam utk mahir hias kek.... sebab dapat jimat kos...

Tuesday, 13 December 2011

kuih ketayap


BAHAN 2.
Untuk adunan tepung,,
  • 3 cawan tepung gandum
  • 3 cawan santan cair
  • 1 cawan air daun pandan
  • 1 sudu teh pewarna hijau
  • 1 sudu besar garam
CARA2NYA;
  1. masukkan semua bahan kedalam mesin pengisar
  2. kisar bahan sehinggga sebati
  3. tuang kedlm mangkuk
  4. panaskan kuali yg non stik dengan sedikit minyak
  5. ambil 1 senduk kecil adunan dan layangkan nipis kedlm kuali
  6. masak dengan api yg sederhana sehingga adunan tadi lekang dengan sendirinya
  7. angkat dan ambil satu sudu besar inti dan gulung kemas 
  8. ulangi proses sehingga aduanan habis
  9. hidangkan..... 
BAHAN2 UNTUK INTI;

  • 1 biji kelapa muda diparut ambil putihnya
  • 3 helai daun pandan 
  • 2 cawan air gula merah
  • 5 sudu besar gula putih
  • 1 sudu teh garam atau ikut rasa
  • 1 sudu besar tepung ubi
CARANYA;
  1. masak air gula merah bersama gula putih
  2. masukkan daun pandan dan garam
  3. masukan kelapa dan tepung ubi kacau sebati 
  4. masak inti sehingga pekat dan berkilat
  5. angkat dan sejukkan..
SELAMAT MENCUBA..... sehingga berjaya... pastikan anda menggunakan kuali yg tidak melekat...

kuih cara

BAHAN2
  • 3 cwn santan cair
  • 1 cwn air daun pandan
  • 1 sudu teh pewarna hijau
  • 1 biji telur
  • 1 sudu besar garam
  • 3 cwn tepung
  • gula pasir secukupnya
CARA2
  1. masukkan kesemua bahan kecuali gula..kedalam mesin pengisar.
  2. kisar semua bahan sehingga sebati.
  3. panaskan acuan kuih cara...dengan sedikit minyak.
  4. ambil 2 sudu besar adunan ,tuang kedlm acuan kuih cara
  5. masukkan 1 sudu kecil gula kedlm acuan tadi  dan akhir sekali masukkan adunan lagi sampai penuh acuan kuih cara.
  6. tutup kuih cara dan masak dengan api yg pelahan.
  7. angkat dan hidangkan..
selamat mencuba.....mudahkan..

Monday, 28 November 2011

kuih pau


BAHAN2
    UNTUK KULIT PAU

  • 500g tepung pau
  • 3 sudu besar shortening atau lemak sayur dicairkan
  • 1 sudu besar baking powder
  • 1 sudu besar bread softner
  • 2 1/2sudu besar yis mouripan*
  • 220 ml air suam*
  • 1 sudu besar gula*
CARA2
      UNTUK PAU

  1. satukan bahan yg bertanda * sehingga yis naik
  2. ayak tepung dgn baking powder
  3. setelah yis naik masukkan tepung yg telah diayak dgn baking powder,bread softner
  4. uli sebati..masukkan shortening atau lemak sayur yg telah dicair (suam2 kuku)
  5. uli lagi sehingga tidak melekat pada tgn sekiranya masih melekat tambahkan sedikit tepung
  6. biarkan 1 jam atau sehingga doh naik 2x ganda
  7. setelah doh naik... uli sekali utk proses buang angin.
  8. uli lagi dan ambil doh .. bulat2kan mengikut saiz yg dikehendaki ...
  9. canai leper kemudian masukkan inti.
  10. biarkan kuih pau naik barulah dikukus dengan api yg sederhana.
  11. kukus kuih pau selama 30min atau hingga masak... 

Inti kacang merah

BAHAN2
     INTI KACANG MERAH
  1. 3 cawan kacang merah yg telah direbus empuk
  2. 1 1/2 cawan air
  3. 1 cawan gula
  4. 1 sudu besar tepung ubi
  5. 3 sudu besar minyak masak
CARA2
     INTI KACANG MERAH
  1. kisar halus kacang merah bersama air
  2. masakkan kacang merah yg telah dikisar bersama  gula,tepung ubi dengan api yg perlahan.
  3. kacau selalu dan masukkan minyak masak...
  4. kacau inti sehingga pekat dan berkilat
  5. angkat dan sejukkan sebelum dijadikan inti pau
selamat mencuba.....

Thursday, 27 October 2011

roti canai

                                                                           
Setiap kali hujung minggu ataupun cuti sekolah ... pasti anak2 ajak p makan roti canai... sbb umminya x pandai buat roti canai... memandangkan  minggu lepas p makan roti canai... dah naik harga.. nipis pula.... terasa ingin mencuba membuat sendiri semakin kuat ... puas tanya sana sini termasuk mak macamana buat roti canai... teringat masa  kecil dulu mak selalu buat roti canai... kebetulan pada masa yang sama teringat bekas anak murid menjual roti canai.. jadi hari ni.. nak kongsi resepi membuat roti canai yg saya gabungkan dengan teknik mak dan resepi anak murid.oleh kerana tidak pandai nak tebar... jadi teknik mak menipiskan doh roti canai dgn menggunakkan talam atau pun dulang besar.saya amalkan ..... sebenarnya x susah mana pun membuat roti canai ni... rupanya.. senang ..yg pasti kita. tahu tekniknya ..


BAHAN2
  • 500g tepung gandum cap TANK
  • 260 ml air
  • 1 biji telur
  • 1 sudu teh garam
  • 1 sudu besar susu pekat manis
  • 1/2 sudu besar horlicks
  • 1 sudu besar lemak sayur ( dicairkan)
  • minyak masak secukupnya


    CARA2

    • satukan semua bahan kedalam bekas...
    • uli bahan hingga sebati sehingga menjadi doh..
    • uli lagi sehingga doh tidak melekat pada jari...
    • tutup doh dgn kain lembap selama 4 jam..
    • selepas 4 jam ambil dah dan bulat2 kan dengan menggunakan minyak masak...seperti digambar 1..dan perap selama 1 jam lagi.
    • ambil doh dan tekan nipis seperti gambar 2 di atas talam / dulang besar
    • kemudian tarik doh perlahan-lahan seperti gambar 3 ..
    • tarik lagi sehingga doh nipis memenuhi talam / dulang seperti gambar 4.
    • ambil minyak masak dan sapu keatasnya...seperti gambar 5
    • gulung memanjang seperti digambar 6 ..
    • ambil minyak masak sambil doh di tarik panjang seperti gambar7
    • gulung bulat seperti di gambar 8... bentuk doh seakan2 bunga ros seperti di gambar 9
    • ambil doh berbentuk ros dan tekan nipis seperti di gambar 10 dan 11..
    • panaskan kuali nipis dgn menggunakan sedikit minyak dan letakkan doh yg telah dinipiskan tadi 
    • balikkan... biar sehingga masak atau garing..seperti gambar 12.. ..

    sesuai dihidangkan bersama kari atau susu pekat manis
    SELAMAT MENCUBA...

                                                            

                                                                                                                     .