Monday, 9 April 2012

coretan hujung minggu

asalammualaikum.... lama benar aku x  update blog...mcm hal yg tidak dapat ku elakkan... masalah utama ialah kamera rosak ... x dapat ambil gambar...hari ni aku nak boh resepi kek coklat tanpa buter... tapi sorry ya x da gambar,,,tapi kek tu mcm yg aku buat masa birthday anak dulu yg aku aising...yg x cantik... sbb x da peralatan aising.... ok.. nantikan resepinya....

Saturday, 17 December 2011

Birthday cakes













 


                                                                           
Baru2 ni  masa birthday anak.... buat kejutan buat kek dengan icing... selalunya bila buat kek x sempat nak hias ,,, kek masih panas dah kena ngap... teringin sangat nak cuba icing kek.... inilah kek kali pertama percubaan utk icing.... perlu diperbaiki lagi.... mana nak cantik mcm kat kedai tu... sebab hias icing kek ni tanpa peralatan utk icing kek...berazam utk mahir hias kek.... sebab dapat jimat kos...

Tuesday, 13 December 2011

kuih ketayap


BAHAN 2.
Untuk adunan tepung,,
  • 3 cawan tepung gandum
  • 3 cawan santan cair
  • 1 cawan air daun pandan
  • 1 sudu teh pewarna hijau
  • 1 sudu besar garam
CARA2NYA;
  1. masukkan semua bahan kedalam mesin pengisar
  2. kisar bahan sehinggga sebati
  3. tuang kedlm mangkuk
  4. panaskan kuali yg non stik dengan sedikit minyak
  5. ambil 1 senduk kecil adunan dan layangkan nipis kedlm kuali
  6. masak dengan api yg sederhana sehingga adunan tadi lekang dengan sendirinya
  7. angkat dan ambil satu sudu besar inti dan gulung kemas 
  8. ulangi proses sehingga aduanan habis
  9. hidangkan..... 
BAHAN2 UNTUK INTI;

  • 1 biji kelapa muda diparut ambil putihnya
  • 3 helai daun pandan 
  • 2 cawan air gula merah
  • 5 sudu besar gula putih
  • 1 sudu teh garam atau ikut rasa
  • 1 sudu besar tepung ubi
CARANYA;
  1. masak air gula merah bersama gula putih
  2. masukkan daun pandan dan garam
  3. masukan kelapa dan tepung ubi kacau sebati 
  4. masak inti sehingga pekat dan berkilat
  5. angkat dan sejukkan..
SELAMAT MENCUBA..... sehingga berjaya... pastikan anda menggunakan kuali yg tidak melekat...

kuih cara

BAHAN2
  • 3 cwn santan cair
  • 1 cwn air daun pandan
  • 1 sudu teh pewarna hijau
  • 1 biji telur
  • 1 sudu besar garam
  • 3 cwn tepung
  • gula pasir secukupnya
CARA2
  1. masukkan kesemua bahan kecuali gula..kedalam mesin pengisar.
  2. kisar semua bahan sehingga sebati.
  3. panaskan acuan kuih cara...dengan sedikit minyak.
  4. ambil 2 sudu besar adunan ,tuang kedlm acuan kuih cara
  5. masukkan 1 sudu kecil gula kedlm acuan tadi  dan akhir sekali masukkan adunan lagi sampai penuh acuan kuih cara.
  6. tutup kuih cara dan masak dengan api yg pelahan.
  7. angkat dan hidangkan..
selamat mencuba.....mudahkan..

Monday, 28 November 2011

kuih pau


BAHAN2
    UNTUK KULIT PAU

  • 500g tepung pau
  • 3 sudu besar shortening atau lemak sayur dicairkan
  • 1 sudu besar baking powder
  • 1 sudu besar bread softner
  • 2 1/2sudu besar yis mouripan*
  • 220 ml air suam*
  • 1 sudu besar gula*
CARA2
      UNTUK PAU

  1. satukan bahan yg bertanda * sehingga yis naik
  2. ayak tepung dgn baking powder
  3. setelah yis naik masukkan tepung yg telah diayak dgn baking powder,bread softner
  4. uli sebati..masukkan shortening atau lemak sayur yg telah dicair (suam2 kuku)
  5. uli lagi sehingga tidak melekat pada tgn sekiranya masih melekat tambahkan sedikit tepung
  6. biarkan 1 jam atau sehingga doh naik 2x ganda
  7. setelah doh naik... uli sekali utk proses buang angin.
  8. uli lagi dan ambil doh .. bulat2kan mengikut saiz yg dikehendaki ...
  9. canai leper kemudian masukkan inti.
  10. biarkan kuih pau naik barulah dikukus dengan api yg sederhana.
  11. kukus kuih pau selama 30min atau hingga masak... 

Inti kacang merah

BAHAN2
     INTI KACANG MERAH
  1. 3 cawan kacang merah yg telah direbus empuk
  2. 1 1/2 cawan air
  3. 1 cawan gula
  4. 1 sudu besar tepung ubi
  5. 3 sudu besar minyak masak
CARA2
     INTI KACANG MERAH
  1. kisar halus kacang merah bersama air
  2. masakkan kacang merah yg telah dikisar bersama  gula,tepung ubi dengan api yg perlahan.
  3. kacau selalu dan masukkan minyak masak...
  4. kacau inti sehingga pekat dan berkilat
  5. angkat dan sejukkan sebelum dijadikan inti pau
selamat mencuba.....